Thursday, December 27, 2012

1,838 Cemerlang PMR di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR 19 Dis. - Sebanyak 1,838 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.

Timbalan Pengarah Pelajaran, Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar/ Pudu, Kuala Lumpur, Ismail Musa berkata, pencapaian calon dari segi Gred Purata Negeri dalam 17 mata pelajaran pula lebih baik berbanding dengan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.60 berbanding 2.71 mata.
Katanya, walaupun Gred Purata Negeri merosot sebanyak 0.03 mata berbanding tahun lepas, namun pencapaian calon yang menguasai gred A, B, C dan D telah meningkat 0.13 peratus.
“Pada keseluruhannya, kebanyakan mata pelajaran menunjukkan prestasi yang lemah, namun mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) adalah Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan Kemahiran Teknikal dan Ekonomi Rumah Tangga," katanya.

Ismail berkata demikian ketika mengumumkan keputusan PMR 2012 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

“Empat buah sekolah turut berjaya mencatatkan kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah (SM) Sains Selangor, Sekolah Menengah Agama (SMA) Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki dan SMK Victoria," katanya.

Sebanyak 23,353 calon mendaftar menduduki PMR 2012 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 20,846 adalah calon sekolah kerajaan manakala 2,684 lagi calon sekolah swasta.


Artikel Penuh: +

Sunday, December 16, 2012

Semak Keputusan PMR 2012 Secara Online


Pengumuman keputusan PMR 2012 bakal diumumkan pada 19 Disember 2012. Pelajar boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing. 

Walau bagimanapun, bagi yang ingin menyemak keputusan secara SMS, boleh taip PMR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contohnya : PMR DA201A099 dan hantar ke 15888

ataupun

Boleh semak terus secara online di website  http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php dan ikut arahan yang disediakan.


~Semoga berjaya dalam keputusan PMR yang akan diumukan dua hari lagi~


Thursday, December 13, 2012

Keputusan PMR 2012

Keputusan bagi Peperiksaan PMR 2012 akan diumumkan pada 19 Disember 2012. Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 11.00 pagi

Tuesday, December 11, 2012

My Best Teacher








~Experience Is My Best Teacher~






Monday, December 10, 2012

Bangunan Warisan Ke Bangunan Berhantu?


Owh..ini kisah hari ni. Hari ni aku buat kerja kat sekolah. Alang-alang hantar Azfar kat pengasuh, aku stay je buat kerja kat sana sampai petang. Tengah syok buat kerja, ada dua strangers menjenguk bilik.

"Hi, sorry for interupting. We are from Holland. We would like to know about this place" erk. Omputih la plak.

Aku menghampiri mereka sambil 'skeaping pecah-pecah' "Yeas. So, what can I help you?"

"Where is the hall which Japanese soldier surrender?" lebih kurang camtu la. Aku pakai taip je kat sini sebab English aku gagal dari zaman kecik-kecik lagi.

So, dipendekkan cerita, aku tiba-tiba kena jadi person in charge, tunjukkan dorang dewan yang dorang nak tengok sangat tu.

Ada gak dia tanya aku, tak takut ke duk sini? Aku cam eh, nak takut apanya. Tapi aku tak jawab la camtu. Aku kata "Morning assembly held in this hall. Our students use it everyday" sambil senyum jer.

"Owh....." muka kagum.

Aku tak pasti apa yang dorang dapat daripada pemerhatian selama lima minit di dalam dewan warisan itu. Kemudian, dia tanya sama ada aku boleh tunjukkan sesiapa yang boleh cerita pasal hantu. Lebih spesifik lagi, hantu Jepun. Haha. Walau dalam hati merungut sebab kerja aku tergendala, tapi aku bawak la jugak dorang ke rumah pekerja yang lama berkhidmat di situ. Dia memang ada citer hantu. Tapi malangnya dia tidak ada. Aku bawak la dorang ke rumah pekerja lain. Nasib kali ni dia ada di rumah.

Bersungguh-sungguh Encik Kamid bercerita kisah hantu yang dia alami sendiri. Dan bersungguh-sungguh jugak aku cuba sedaya upaya translate ke  versi Manglish English. Dan tak habis-habis orang-orang Belanda tu duk tanya Encik Kamid "Is that Japanese?" Did the 'things' look like Japanese?" Apo korang nok buek dengan kisah hantu Jepun ni pun aku tak tau. Secara langsung, terus-menerus aku terjebak sama dalam penulisan/thesis/jurnal kehapa dia. Banyak gak dia tangkap gambar muka aku masa aku tengah translate citer hantu Jepun tuh. Aku buat-buat la cun (ya, aku tau aku tak cun!) masa tu. Paling tak tahan, dia suh En Kamid gayakan hantu yang dia nampak tu. Aku paling gelak terbahak-bahak. Serius lawak!

Lepas keluar dari rumah Encik Kamid tu, baru teringat nak tanya nama dia. Her name is Zoey!! "And I am Liza" :)

Dari jauh aku nampak beberapa orang budak duk berlatih main dram. Budak-budak ni memang rajin. Cuti-cuti pun suka jerk datang sekolah. Hehe. Aku cam dapat satu idea.

"Why don't you ask them? Maybe they have the stories." sambil tunjuk pada boys tepi quadrangle.

Dorang ikut je aku. Budak-budak tu best la tuh, tengok omputih cun dua orang datang kat dorang. Aku paksa minta tolong la dorang share / merapu / reka cita hantu kat orang Belanda tu. Dengan semangatnya, salah seorang daripada dorang memulakan cerita. Sebenarnya, ada la jugak aku dengar cerita-cerita tu tapi aku anggap cam rumors je semua tu. So apalagi, aku pun..

"Excuse me. Can you stay with them? I have something to do" salam dan say 'bye' to them. Pfff...Lega!! Boleh sambung kerja aku.. Dalam perjalanan ke bilik, baru aku teringat yang aku terlupa nak minta email dorang. Mana tau kot aku boleh tengok muka aku yang dorang snap tu. Haha. Tak pun, baca la apa yang anak-anak murid aku merapu pasal cerita hantu tuh.

Sebelum dorang balik tu, ada dorang tanya tempat-tempat lain yang ada hantu kat Malaysia ni. Haha. Aku pun tak tau daa...


"History was made in the V.I. on September 13, 1945 when the Japanese surrender was signed in the School Hall."

Inilah dia dewan bersejarah yang telah diiktiraf sebagai bangunan warisan. Tapi tak pasti kenapa tiba-tiba ada segelintir yang menganggap bangunan ini berhantu. Semua ciri-ciri keaslian dewan dikekalkan sehingga ke hari ini.

Baca lanjut di sini.



Tuesday, November 27, 2012

Jadual Pembayaran Gaji 2013

Berikut adalah jadual pembayaran gaji bulanan bagi penjawat awam sepanjang tahun 2013

Moga dapat menganggar perbelanjaan dengan lebih bijak. 

Saturday, November 24, 2012

New Discovery Of The Farthest Galaxy

The farthest galaxy appears as a diminutive blob that is only a tiny fraction of the size of our Milky Way galaxy. But it offers a peek back into a time when the universe was 3 percent of its present age of 13.7 billion years.The newly discovered galaxy, named MACS0647-JD, was observed 420 million years after the big bang, the theorized beginning of the universe. Its light has traveled 13.3 billion years to reach Earth.

This find is the latest discovery from a program that uses natural zoom lenses to reveal distant galaxies in the early universe. The Cluster Lensing And Supernova Survey with Hubble (CLASH),an international group led by Marc Postman of the Space Telescope Science Institute in Baltimore, Md., is using massive galaxy clusters as cosmic telescopes to magnify distant galaxies behind them. This effect is called gravitational lensing.



Read more here~

Friday, November 23, 2012

Boikot Israel Products!

Walau tidak dapat menyumbang keringat di sana, membantu mangsa-mangsa perang di sana, kita boleh membantu selagi terdaya. Sekecil-kecil usaha kita, insyaAllah dapat meringankan beban mereka.

Mulakan dengan langkah pertama!!



Wednesday, November 21, 2012

Takwim Persekolahan Tahun 2013

Ada yang sudah merancang untuk bercuti di musim cuti sekolah pada tahun hadapan? 

Boleh muat turun takwim persekolahan 2013 di sini.


Friday, November 9, 2012

Kajian Penggunaan Istilah dan Perkataan Sains dan Matematik

KPM sedang mengadakan satu kajian tentang penggunaan daftar istilah Sains dalam BM-BI. Sila klik sini untuk muat turun borang soal selidik. Jangan lupa ya kawan-kawan! Senang ja soal seidik yang diberikan.

Bagi yang ingin memuat turun daftar istilah Sains yang dibekalkan oleh KPM, klik sini.


~Cuba juga mencari apa istilah yang tiada, hampir semua ada~

Monday, November 5, 2012

Selamat Maju Jaya!!

Hari pertama peperiksaan hari ini dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 dan Pend. Seni Visual. Moga semuanya berjalan lancar. Selagi ada masa, selagi itu kita usaha.

Bayangkan seperti mana kamu berlatih bersungguh-sungguh dalam sukan, kawad dan band, seperti itu juga semangat juang kamu dalam pelajaran.

Selamat maju jaya untuk semua calon SPM 2012!!

Featured in Pos Malaysia stamps.

May you excel in everything, not just in sports!!

Walau tidak dapat berada di sekolah sepanjang peperiksaan, doa saya sentiasa dipanjatkan semoga kalian  diberikan kesihatan yang baik, dicerahkan hati semasa menjawab soalan-soalan sukar dan diberkati usaha yang telah dilakukan.

Restu itu tak semestinya dari bersalaman tangan, bercuim di atas lengan tetapi restu itu dari hati yang ikhlas memohon keampunan guru... 

GOOD LUCK!!!


Friday, June 15, 2012

Petrosains Science Show PRELIMINARY RESULT !!

Congratulations to my students for another step closer to Zone Level in Petrosains Science Show Competition. Hopefully we will get well preparation and win for this level. 

Check for the latest result here

Thursday, May 24, 2012

Teacher's Day Celebration


It was the great Teacher's Day I ever had.

 Big Big smile. 

:)

Saturday, April 28, 2012

Our Students In Mighty Minds National Challenge

Yesterday we have sent four teams for Mighty Minds National Challenge which held at 1Mont Kiara. Kuala Lumpur. It started late due to roadblocks here and there but we luckily arrived earlier as we departed 7.30 am from the meeting point.

We sent two teams for Lower Secondary and the other two teams for Upper Secondary. It has four stages to be tested. The first round we went through very well as all four teams have been short listed to the top 15. Our Lower Secondary teams were on top 2! It was inspired our Upper Secondary teams to challenge their juniors soon.

Proof. Our team on top with full marks in MCQ quiz! But it was too early to be too happy.

At stage 2, only 15 teams qualified in hands on challenge to built a model based on the challenges given by the organiser. 

Our Upper Secondary, Team 1

Team 2 that always give such a great 'reaction'! :p

Lower Secondary, Team 1. One of the member almost fainted due to a cut. Be more careful, boy.

Lower Secondary, Team 2. They have done a very good job!

A few pictures around the challenge (Stage 2)

Alam Shah Boys were creating an interesting structure

Unique structure. They were one of the top 5.

Could Aiman convince the judges?

One of our team successfully done the challenge.

Only one team went to the final round. They were presenting the model.

Finally they made it!!

Congratulations boys!!!!

To know the full results, find it out in The Star newspaper today! 

Daa~




Tuesday, March 6, 2012

Win COACH Wristlets at BabyIbu



Tarikh
1 Mac 2012 sehingga 31 Mac 2012

Bagi Penyertaan Melalui Blog
  1. Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri contest ini.
  2. Link BabyIbu dalam bloglist anda.
  3. Membuat entri mengenai contest ini diblog anda - copy paste pun ok.
  4. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan juga semua penaja (no link back will be disqualified)
  5. Follow blog RoseTreatMia FichitaCutestClosetBabyIbuTwoLittleJJ, dan Miszhoneynadia.
  6. Tinggalkan link entri anda di entri contest di blog BabyIbu beserta nama pendek dan email.
Dah siap! Hadiah sangtat best...