Thursday, December 27, 2012

1,838 Cemerlang PMR di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR 19 Dis. - Sebanyak 1,838 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.

Timbalan Pengarah Pelajaran, Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar/ Pudu, Kuala Lumpur, Ismail Musa berkata, pencapaian calon dari segi Gred Purata Negeri dalam 17 mata pelajaran pula lebih baik berbanding dengan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.60 berbanding 2.71 mata.
Katanya, walaupun Gred Purata Negeri merosot sebanyak 0.03 mata berbanding tahun lepas, namun pencapaian calon yang menguasai gred A, B, C dan D telah meningkat 0.13 peratus.
“Pada keseluruhannya, kebanyakan mata pelajaran menunjukkan prestasi yang lemah, namun mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) adalah Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan Kemahiran Teknikal dan Ekonomi Rumah Tangga," katanya.

Ismail berkata demikian ketika mengumumkan keputusan PMR 2012 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

“Empat buah sekolah turut berjaya mencatatkan kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah (SM) Sains Selangor, Sekolah Menengah Agama (SMA) Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki dan SMK Victoria," katanya.

Sebanyak 23,353 calon mendaftar menduduki PMR 2012 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 20,846 adalah calon sekolah kerajaan manakala 2,684 lagi calon sekolah swasta.


Artikel Penuh: +

1 comment:

  1. Salam...
    Saya ada masalah untuk post komen di "Blog Life As Mama Liza". Kotak komen tidak boleh di buka. Saya xtau apa masalahnya.
    Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas pemberian hadiah Count Adam's Book Giveaway yang selamat saya terima pada hari ini.
    Sebagai tanda terima kasih...silalah ke blog saya, sebuah entri khas buat Mama Liza.
    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete

Leave your comment here