Aktiviti pertama merupakan menonton video 3D di dewan teater. Satu persembahan yang menarik apabila kita berasa seolah-olah mengembara di angkasa lepas selama 20 minit. Pelajar-pelajar sangat teruja. Walau bagaimanapun, kamera tidak dibenarkan berada dalam keadaan on. Jadi tiada satu pun gambar diambil.
Ini merupakan aktiviti kedua. Pelajar berkumpul untuk taklimat ringkas berkaitan aktiviti kedua.
Pelajar dikehendaki menjawab soalan yang disediakan dengan mencari maklumat di sekitar kawasan pameran. Terdapat lebih 10 soalan untuk diselesaikan dalam masa setengah jam.
Pelajar bergerak dalam kumpulan mencari maklumat yang dikehendaki.
Sambil menyelam minum air. Haish!
Setelah setengah jam berlalu, kertas dikutip dan keputusan satu kumpulan akan diilih sebagai pemenang.
Peralatan untuk aktiviti ketiga. Aktiviti mencipta 'comet'
Pelajar diterangkan fenomena bagaimana terjadinya 'comet' iaitu gabungan ammonia, debu, air dan gas.
Demonstrasi ringkas berkaitan dengan ais kering atau dry ice.
Aktiviti sedang dijalankan. Berjayakah mereka membina comet ciptaan mereka sendiri?
Gabungan bahan-bahan yang disediakan perlu ditekan sehingga melekat antara satu sama lain.
Inilah dia rupa comet ciptaan kumpulan Hafizudin. :)
Selesai aktiviti sesi pertama, pelajar berehat dan kembali untuk sesi kedua.
Aktiviti yang disertai di sebelah petang. Pelajar diberikan lima beads putih yang akan bertukar warna apabila terdedah dengan cahaya UV.
Seorang pelajar sedang mengikat beads dengan ribbon.
Lihatlah! Warna beads putih telah bertukar warna!!
Acara terakhir ialah sesi soal jawab. Pelbagai soalan ditanya kepada penceramah. Ada kalanya lucu jugak dengan soalan yang tidak logik seperti alien yang telah dimomok-mmokkan dalam filem. Kesian pelajar kita kan? Pemikiran mereka telah dipenuhi dengan cerita-cerita yang tidak pasti kesahihannya malah kadang-kala tidak masuk akal.
Keseluruhannya, agak menarik. Mungkin untuk lawatan kali kedua, pelajar akan dilibatkan satu sesi sahaja memandangkan kawasan pameran agak terhad dan bagi saya, satu sesi sudah mencukupi untuk pelajar menikmatinya.
Pelajar-pelajar bergambar kenangan sebelum pulang.
Cubalah lawat ke sana atau boleh klik sini untuk perincian berkaitan MPASC ini.
Salam manis buat Cikgu Liza.... :)
ReplyDeleteBila baca entri Liza ni dan lihat gambar-gambar semua, teringat Kak Ummi masa zaman sekolah dulu.....waktu berada di laboratory subject Physics, Chemistry and Human And Social Biology....nostalgia dah bergetar dalam jiwa kak Ummi ni.... ^^
Ummi~ biasalah bila dh lama tinggalkan zmn sekolah.. saat yg dirindui semua.
Deleteblog awak yg ni ke yg lagi 1 tu? yg tu xboleh bukak pon.hehehe
ReplyDeleteCik Puan Rara~dua dua sepatutnya boleh bukak. huhu...
ReplyDeletecantik baju budak2tu..
ReplyDeleteooo baru tau pasal Melaka pun ada Planetarium
Baju uniform dorang tu. Hehe
Deletesalam liza,
ReplyDeleteblog lizayati tu nape dah for invited readers aje? ade prob ke?
Norliza- xdak apa2 masalah Liza. Give me ur email yg guna utk.log in blog n i invite u..
Deletebila liza komen kat blog, baru teringat ade tinggal komen ni hehe...
Deletemy emel : berryliciouscakes@gmail.com
Salam Sabtu Cikgu Liza..lama dah tak datang sini...nway have a good day k..
ReplyDeleteHi blog Santai. Ya. Dah lama jugak tak berupdate blog ni. Hehe..
DeleteLiza, mana menghilang? Try buka blog liza asyik tak leh coz "i'm not invited" huhu
ReplyDeleteANIM - Ada ja Kak Anim. Just relax jaga baby ke3.
ReplyDelete