Monday, April 15, 2013

New Challenge

It is quite long I did not update here. I just assigned a new task in my career. It is new, challenging and big event. I accepted it happily. I just so excited to start.

Hope that this will be my big platform to jump higher in my career as what people says "killing two birds with a stone".

So, lets do it!


Thursday, December 27, 2012

1,838 Cemerlang PMR di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR 19 Dis. - Sebanyak 1,838 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.

Timbalan Pengarah Pelajaran, Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar/ Pudu, Kuala Lumpur, Ismail Musa berkata, pencapaian calon dari segi Gred Purata Negeri dalam 17 mata pelajaran pula lebih baik berbanding dengan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.60 berbanding 2.71 mata.
Katanya, walaupun Gred Purata Negeri merosot sebanyak 0.03 mata berbanding tahun lepas, namun pencapaian calon yang menguasai gred A, B, C dan D telah meningkat 0.13 peratus.
“Pada keseluruhannya, kebanyakan mata pelajaran menunjukkan prestasi yang lemah, namun mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) adalah Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan Kemahiran Teknikal dan Ekonomi Rumah Tangga," katanya.

Ismail berkata demikian ketika mengumumkan keputusan PMR 2012 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

“Empat buah sekolah turut berjaya mencatatkan kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah (SM) Sains Selangor, Sekolah Menengah Agama (SMA) Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki dan SMK Victoria," katanya.

Sebanyak 23,353 calon mendaftar menduduki PMR 2012 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 20,846 adalah calon sekolah kerajaan manakala 2,684 lagi calon sekolah swasta.


Artikel Penuh: +

Sunday, December 16, 2012

Semak Keputusan PMR 2012 Secara Online


Pengumuman keputusan PMR 2012 bakal diumumkan pada 19 Disember 2012. Pelajar boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing. 

Walau bagimanapun, bagi yang ingin menyemak keputusan secara SMS, boleh taip PMR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contohnya : PMR DA201A099 dan hantar ke 15888

ataupun

Boleh semak terus secara online di website  http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php dan ikut arahan yang disediakan.


~Semoga berjaya dalam keputusan PMR yang akan diumukan dua hari lagi~