Thursday, December 8, 2011

New Experience

I accepted one new task this year. Hopefully, it can help in my career. I am enjoying doing it.

Wednesday, March 16, 2011

Keputusan SPM Akan Diumumkan Pada 23 Mac 2011 : Bersediakah mereka?

Assalamualaikum semua. Dah agak lama tidak mengemaskini. Seperti yang ramai sudah tahu, keputusan SPM akan diumumkan minggu depan. Pasti ramai yang dah mula risau kemungkinan-kemungkinan yang bakal ditempuh. Bersediakah mereka menempuh situasi itu dan selepas itu?

Asasnya, pelajar sudah dapat mengagak apakah keputusan yang bakal diterima itu baik mahupun sebaliknya berdasarkan kepada usaha yang telah diberikan. Kan ada pepatah 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'. Atau mungkin keajaiban bakal berlaku? Allah saja yang tahu.

Diharapakan pelajar dapat bertenang, muhasabah diri dan tawakkal kepada Allah SWT setelah penat berusaha. Sekarang bukan masanya untuk meratapi tetapi untuk dijadikan iktibar. Semoga calon-calon SPM mendapat keputusan yang cemerlang.

Sekiranya sebaliknya, itu bukanlah pengakhiran kepada kehidupan. Ramai yang hidup berjaya di luar sana. Tidak semuanya berjaya semasa di peringkat SPM. Walau bagaimanapun, mereka bangkit selepas itu dan mencari peluang-peluang lain di kolej mahupun universiti. Asalkan ada kemahuan untuk mempertingkatkan diri, anda pasti berjaya!! Tidak kira mana satu laluan yang ditempuh, sama ada cepat mahupun lambat asalkan anda bakal berjaya akhirnya.

~Hidup ini penuh cabaran, isilah demi ilmu pengetahun.~

Sunday, February 20, 2011

Sains Dan Matematik Kembali Ke BM Pada 2012 : Bersediakah Aku?

PUTRAJAYA: Kabinet semalam meluluskan strategi baru untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, berkuat kuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil pula dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Read more here

Dari pandangan aku yang sentiasa berfikiran positif, aku terima apa sahaja keputusan tapi mulai minggu ni, bila masing-masing mula bersuara, berbincang, aku mula berkira-kira rupa dan  gaya aku kembali mengajar Fizik dalam Bahasa Melayu. Bukan sudah lupa Bahasa Melayu kerana dasarnya, aku pun tidaklah bagus dalam Bahasa Inggeris. Tahun pertama aku dihantar ke Sarawak dulu aku sempat mengajar dalam Bahasa Melayu. Tiada masalah.

Masuk 2006, bila PPSMI mula diperkenalkan, aku gelabah tak tentu arah. Tau-tau saja lah aku melalui latar belakang pendidikan dalam Bahasa Melayu dari sekolah hingga ke universiti. Cuma pada tahun ketiga di UTM, barulah sistem beralih ke Bahasa Inggeris. Itu pun, hanya di atas kertas.(kebanyakan pensyarah masih kekal dalam bahasa ibunda..huhu...) Aku tidak salahkan sistem kerana apa jua yang berlaku aku harus melalui sistem yang sentiasa berubah...

Tidak dinafikan, PPSMI telah memulihkan Bahasa Inggeris aku. Banyak jasanya dari segi memperkasa Bahasa Inggerisku yang koyak, pecah dan rabak dulu. Tanya sajalah kawan-kawan sekolah, sapa paling teruk Bahasa Inggerisnya? Mesti aku antara yang disebut. Tapi, sejak P&P dijalankan dalam Bahasa Inggeris, aku yakin untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan mahupun pelajar. Walau tidaklah perfect tapi sekurang-kurangnya menambah 'vocab' yang ada.

Tahun depan pelajar Tingkatan 1 dan 4 akan melalui pembaharuan dalam sistem pembelajaran. Mereka akan belajar subjek-subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Mungkin akan sukar pada mulanya, tetapi tidak mustahil untuk pelajar lebih berjaya dalam Sains dan Matematik. Terutama pelajar-pelajar luar bandar. Mungkin akan ada bantahan di kawasan bandar tetapi kita juga harus memikirkan pelajar-pelajar di luar bandar. Mereka juga harus diberi peluang untuk cemerlang dalam Sains dan Matematik.

Apa-apa pun, ada juga isu yang kukira agak lucu. Aku mula berfikir-fikir 'term' yang akan bertukar nanti. Pasti tergeliat lidah, termangu-mangu mencari istilah yang telah lama kutinggalkan :

Velocity = Halaju
Constant = Malar
Ticker timer = Jangka masa detik
Buordan gauge = Tolok Buordan
Calibration = Penentukuran

Then, akan terkeluar lah istilah 

Pemirau dan Pendarab
:-)

Biar apa pun isunya, aku pasti  akan melaluinya dengan hati terbuka. Pengajaran dan pembelajaran dalam BM mahupun BI pasti ada pro dan kontra nya. Itulah, warna-warni kehidupan sebagai seorang pendidik.

~Kena buka balik buku sekolah~

Friday, February 18, 2011

Semoga Berjaya Dalam Ujian Intervensi 2011

Sekarang sedang berlangsung Ujian Intervensi SPM dan PMR di semua sekolah seluruh Kuala Lumpur. Diharapkan agar semua anak-anak didik sempat mengulangkaji dan menjawab dengan tenang. Cuti Maulidur Rasul tempoh hari dapat diambil peluang mengulang kaji pelajaran terutama Fizik yang berlangsung pada hari pertama peperiksaan. Jarang-jarang sekali subjek Fizik diadakan pada hari pertama kan? Hm.. Tak pa, asal ada usaha, pasti akan ada kejayaan. Usaha berlipat kali ganda, pasti akan membuahkan hasil. Allah Maha Adil.

All The Best!!