Wednesday, March 16, 2011

Keputusan SPM Akan Diumumkan Pada 23 Mac 2011 : Bersediakah mereka?

Assalamualaikum semua. Dah agak lama tidak mengemaskini. Seperti yang ramai sudah tahu, keputusan SPM akan diumumkan minggu depan. Pasti ramai yang dah mula risau kemungkinan-kemungkinan yang bakal ditempuh. Bersediakah mereka menempuh situasi itu dan selepas itu?

Asasnya, pelajar sudah dapat mengagak apakah keputusan yang bakal diterima itu baik mahupun sebaliknya berdasarkan kepada usaha yang telah diberikan. Kan ada pepatah 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'. Atau mungkin keajaiban bakal berlaku? Allah saja yang tahu.

Diharapakan pelajar dapat bertenang, muhasabah diri dan tawakkal kepada Allah SWT setelah penat berusaha. Sekarang bukan masanya untuk meratapi tetapi untuk dijadikan iktibar. Semoga calon-calon SPM mendapat keputusan yang cemerlang.

Sekiranya sebaliknya, itu bukanlah pengakhiran kepada kehidupan. Ramai yang hidup berjaya di luar sana. Tidak semuanya berjaya semasa di peringkat SPM. Walau bagaimanapun, mereka bangkit selepas itu dan mencari peluang-peluang lain di kolej mahupun universiti. Asalkan ada kemahuan untuk mempertingkatkan diri, anda pasti berjaya!! Tidak kira mana satu laluan yang ditempuh, sama ada cepat mahupun lambat asalkan anda bakal berjaya akhirnya.

~Hidup ini penuh cabaran, isilah demi ilmu pengetahun.~

1 comment:

  1. Orang lain yang ambil SPM tapi amy pulak yang excited, alahai x sabar pulak nak tahu keputusanya..padahal dalam keluarga x de sapa pun tengah menduduki peperiksaan SPM tahun lepas.

    ReplyDelete

Leave your comment here