Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, berkuat kuasa pada 2012.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil pula dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Read more here
Dari pandangan aku yang sentiasa berfikiran positif, aku terima apa sahaja keputusan tapi mulai minggu ni, bila masing-masing mula bersuara, berbincang, aku mula berkira-kira rupa dan gaya aku kembali mengajar Fizik dalam Bahasa Melayu. Bukan sudah lupa Bahasa Melayu kerana dasarnya, aku pun tidaklah bagus dalam Bahasa Inggeris. Tahun pertama aku dihantar ke Sarawak dulu aku sempat mengajar dalam Bahasa Melayu. Tiada masalah.
Masuk 2006, bila PPSMI mula diperkenalkan, aku gelabah tak tentu arah. Tau-tau saja lah aku melalui latar belakang pendidikan dalam Bahasa Melayu dari sekolah hingga ke universiti. Cuma pada tahun ketiga di UTM, barulah sistem beralih ke Bahasa Inggeris. Itu pun, hanya di atas kertas.(kebanyakan pensyarah masih kekal dalam bahasa ibunda..huhu...) Aku tidak salahkan sistem kerana apa jua yang berlaku aku harus melalui sistem yang sentiasa berubah...
Tidak dinafikan, PPSMI telah memulihkan Bahasa Inggeris aku. Banyak jasanya dari segi memperkasa Bahasa Inggerisku yang koyak, pecah dan rabak dulu. Tanya sajalah kawan-kawan sekolah, sapa paling teruk Bahasa Inggerisnya? Mesti aku antara yang disebut. Tapi, sejak P&P dijalankan dalam Bahasa Inggeris, aku yakin untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan mahupun pelajar. Walau tidaklah perfect tapi sekurang-kurangnya menambah 'vocab' yang ada.
Tahun depan pelajar Tingkatan 1 dan 4 akan melalui pembaharuan dalam sistem pembelajaran. Mereka akan belajar subjek-subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Mungkin akan sukar pada mulanya, tetapi tidak mustahil untuk pelajar lebih berjaya dalam Sains dan Matematik. Terutama pelajar-pelajar luar bandar. Mungkin akan ada bantahan di kawasan bandar tetapi kita juga harus memikirkan pelajar-pelajar di luar bandar. Mereka juga harus diberi peluang untuk cemerlang dalam Sains dan Matematik.
Apa-apa pun, ada juga isu yang kukira agak lucu. Aku mula berfikir-fikir 'term' yang akan bertukar nanti. Pasti tergeliat lidah, termangu-mangu mencari istilah yang telah lama kutinggalkan :
Velocity = Halaju
Constant = Malar
Ticker timer = Jangka masa detik
Buordan gauge = Tolok Buordan
Calibration = Penentukuran
Then, akan terkeluar lah istilah
Pemirau dan Pendarab
:-)
Biar apa pun isunya, aku pasti akan melaluinya dengan hati terbuka. Pengajaran dan pembelajaran dalam BM mahupun BI pasti ada pro dan kontra nya. Itulah, warna-warni kehidupan sebagai seorang pendidik.
~Kena buka balik buku sekolah~
hmm asyik bertukar je..sekejap BI sekejap BM, bila laa agaknya nak decide & stick too one language je, senang skit utk students.
ReplyDeleteDiana~skang I prefer ngajar dlm BI tp kalau sembang2 dgn student lebih feel ckp BM, baru best kalau nak wat lawak ke, nak marah ke.. hehe...
ReplyDeleteMama Kembar 3~itu la, budak2 pun ada yg terkeliru dgn languange..