Friday, September 27, 2013

Program Fun With Science Di MPASC

Satu program Fun With Science telah diadakan di Melaka Planetarium Adventure Science Centre. Seramai 30 orang pelajar telah menyertainya. Bayaran masuk untuk setiap pelajar ialah RM10 seorang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengembara di angkasa lepas, acara berkumpulan, membina comet dan mempelajari Electromagnet Spectrum.

Aktiviti pertama merupakan menonton video 3D di dewan teater. Satu persembahan yang menarik apabila kita berasa seolah-olah mengembara di angkasa lepas selama 20 minit. Pelajar-pelajar sangat teruja. Walau bagaimanapun, kamera tidak dibenarkan berada dalam keadaan on. Jadi tiada satu pun gambar diambil.

Ini merupakan aktiviti kedua. Pelajar berkumpul untuk taklimat ringkas berkaitan aktiviti kedua.

Pelajar dikehendaki menjawab soalan yang disediakan dengan mencari maklumat di sekitar kawasan pameran. Terdapat lebih 10 soalan untuk diselesaikan dalam masa setengah jam.

Pelajar bergerak dalam kumpulan mencari maklumat yang dikehendaki.

Sambil menyelam minum air. Haish!

Setelah setengah jam berlalu, kertas dikutip dan keputusan satu kumpulan akan diilih sebagai pemenang.

Peralatan untuk aktiviti ketiga. Aktiviti mencipta 'comet'

Pelajar diterangkan fenomena bagaimana terjadinya 'comet' iaitu gabungan ammonia, debu, air dan gas.

Demonstrasi ringkas berkaitan dengan ais kering atau dry ice.

Aktiviti sedang dijalankan. Berjayakah mereka membina comet ciptaan mereka sendiri?

Gabungan bahan-bahan yang disediakan perlu ditekan sehingga melekat antara satu sama lain.

Inilah dia rupa comet ciptaan kumpulan Hafizudin. :)

Selesai aktiviti sesi pertama, pelajar berehat dan kembali untuk sesi kedua.

Aktiviti yang disertai di sebelah petang. Pelajar diberikan lima beads putih yang akan bertukar warna apabila terdedah dengan cahaya UV.

Seorang pelajar sedang mengikat beads dengan ribbon.

Lihatlah! Warna beads putih telah bertukar warna!!

Acara terakhir ialah sesi soal jawab. Pelbagai soalan ditanya kepada penceramah. Ada kalanya lucu jugak dengan soalan yang tidak logik seperti alien yang telah dimomok-mmokkan dalam filem. Kesian pelajar kita kan? Pemikiran mereka telah dipenuhi dengan cerita-cerita yang tidak pasti kesahihannya malah kadang-kala tidak masuk akal.

Keseluruhannya, agak menarik. Mungkin untuk lawatan kali kedua, pelajar akan dilibatkan satu sesi sahaja memandangkan kawasan pameran agak terhad dan bagi saya, satu sesi sudah mencukupi untuk pelajar menikmatinya.

Pelajar-pelajar bergambar kenangan sebelum pulang.

Cubalah lawat ke sana atau boleh klik sini untuk perincian berkaitan MPASC ini.