Friday, September 27, 2013

Program Fun With Science Di MPASC

Satu program Fun With Science telah diadakan di Melaka Planetarium Adventure Science Centre. Seramai 30 orang pelajar telah menyertainya. Bayaran masuk untuk setiap pelajar ialah RM10 seorang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengembara di angkasa lepas, acara berkumpulan, membina comet dan mempelajari Electromagnet Spectrum.

Aktiviti pertama merupakan menonton video 3D di dewan teater. Satu persembahan yang menarik apabila kita berasa seolah-olah mengembara di angkasa lepas selama 20 minit. Pelajar-pelajar sangat teruja. Walau bagaimanapun, kamera tidak dibenarkan berada dalam keadaan on. Jadi tiada satu pun gambar diambil.

Ini merupakan aktiviti kedua. Pelajar berkumpul untuk taklimat ringkas berkaitan aktiviti kedua.

Pelajar dikehendaki menjawab soalan yang disediakan dengan mencari maklumat di sekitar kawasan pameran. Terdapat lebih 10 soalan untuk diselesaikan dalam masa setengah jam.

Pelajar bergerak dalam kumpulan mencari maklumat yang dikehendaki.

Sambil menyelam minum air. Haish!

Setelah setengah jam berlalu, kertas dikutip dan keputusan satu kumpulan akan diilih sebagai pemenang.

Peralatan untuk aktiviti ketiga. Aktiviti mencipta 'comet'

Pelajar diterangkan fenomena bagaimana terjadinya 'comet' iaitu gabungan ammonia, debu, air dan gas.

Demonstrasi ringkas berkaitan dengan ais kering atau dry ice.

Aktiviti sedang dijalankan. Berjayakah mereka membina comet ciptaan mereka sendiri?

Gabungan bahan-bahan yang disediakan perlu ditekan sehingga melekat antara satu sama lain.

Inilah dia rupa comet ciptaan kumpulan Hafizudin. :)

Selesai aktiviti sesi pertama, pelajar berehat dan kembali untuk sesi kedua.

Aktiviti yang disertai di sebelah petang. Pelajar diberikan lima beads putih yang akan bertukar warna apabila terdedah dengan cahaya UV.

Seorang pelajar sedang mengikat beads dengan ribbon.

Lihatlah! Warna beads putih telah bertukar warna!!

Acara terakhir ialah sesi soal jawab. Pelbagai soalan ditanya kepada penceramah. Ada kalanya lucu jugak dengan soalan yang tidak logik seperti alien yang telah dimomok-mmokkan dalam filem. Kesian pelajar kita kan? Pemikiran mereka telah dipenuhi dengan cerita-cerita yang tidak pasti kesahihannya malah kadang-kala tidak masuk akal.

Keseluruhannya, agak menarik. Mungkin untuk lawatan kali kedua, pelajar akan dilibatkan satu sesi sahaja memandangkan kawasan pameran agak terhad dan bagi saya, satu sesi sudah mencukupi untuk pelajar menikmatinya.

Pelajar-pelajar bergambar kenangan sebelum pulang.

Cubalah lawat ke sana atau boleh klik sini untuk perincian berkaitan MPASC ini. 

Tuesday, June 25, 2013

Pen A Helps Student To Understand Electrgomagnetism Better

Yesterday I attended one talk on one innovation made by a teacher from Sabah. He inspired to do more and more innovation product after attended one award called Toray Award. After that he tried to do something that can help student. So, the best product from him is Pen A.

He teaches Sciences in Sabah.

A very simple product but useful to help student in understanding Fleming Right Hand Rule and Fleming Left Hand rule better. What i can say that he is so creative and innovative!

The symbole F, B and I on the pen is very useful instead of using right hand and left hand.

Hopefully that our field can develop more teachees like him. 

Saturday, June 22, 2013

Inspirasi Dalam Kerjaya Sebagai Guru

Saya seorang guru. Kerjanya mendidik dan mengasuh anak bangsa tidak kira agama dan rupa. Sukar tapi puas. Susah tapi suka!

Antara perkara yang membuatkan hati terus riang dan ghairah mendidik ialah apabila masih ada anak-anak didik yang masih mengingati kita walau telah lama meninggalkan zaman persekolahan. Itu tandanya ada bekas di hatinya. Ada kenangan manis bersama kita sebagai guru mereka.

Semasa hari lahir kita...

Semasa hari guru, hari keraian kita.....

Atau semasa hari kejayaan mereka.

Terima kasih semuanya!!



Saturday, May 25, 2013

PERSIDANGAN DAN PAMERAN THE DIGITAL EDUCATION SHOW ASIA (DESA) TAHUN 2013


Kementerian Pelajaran Malaysia telah dijemput untuk menghadiri Persidangan dan Pameran ‘The Digital Education Show Asia’(DESA) 2013 anjuran Multimedia Development Corporation(MDeC) dengan kerjasama Terrapinn Pte. Ltd. yang akan diadakan pada 27 dan  28 Mei 2013 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
Para ppserta yang terlibat terdiri daripada pegawai pendidikan dan guru-guru serta sekolah-sekolah menengah dan rendah.
Para peserta konferen dikehendaki menghadirikan diri ke Persidangan dan Pameran DESA di atas yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh    : 27- 28hb. Mei 2013
Pendaftaran : 27hb Mei 2013 (8.00pagi)
Tempat : Track One: K-12, Hotel Hilton Kuala Lumpur
3, Jalan Stesen Sentral, 50470 Kuala Lumpur


~Para pendidik juga dijemput hadir~

Monday, April 15, 2013

New Challenge

It is quite long I did not update here. I just assigned a new task in my career. It is new, challenging and big event. I accepted it happily. I just so excited to start.

Hope that this will be my big platform to jump higher in my career as what people says "killing two birds with a stone".

So, lets do it!